Thursday, 26 December 2013

SINOPSIS : Ariana Rose

ariana rose
CREDIT
Drama Ariana Rose merupakan drama yang bakal menggantikan Playboy Itu Suami Aku di slot akasia TV3. Drama ini diarahkan oleh Raja Ahmad Alaudin dan diterajui Nur Fathia sebagai Ariana Rose dan Keith Foo sebagai Tengku Adam Kamil. Drama ini diadaptasi dari novel The Wedding Breaker karya Evelyn Rose dan bakal bersiaran bermula 30 Disember 2013.

SINOPSIS NOVEL THE WEDDING BREAKER

Ia menceritakan Ariana Rose yang berkawan baik   dengan Tengku Juwita bersetuju untuk berlakon sebagai perempuan mengandung dan mengaku kandungan itu milik Tengku Adam Kamil tuning Tengku Juwita. Tujuan utamaTengku Juwita berbuat begitu kerana tidak mahu berkahwin denganTengku Adam Kamil kerana dia seorang kasanova terkenal .

Perkahwinan ini juga diatur oleh keluarganya, Tengku Juwita tidak berani untuk membantah kerana Tengku Sidin terlalu garang. Kehadiran Ariana di hari pernikahan Tengku Juwita dan Tengku Adam Kamil telah menggembirakan Tengku Juwita kerana majlis itu batal tetapi tidak pada Tengku Adam Kamil.

Selepas kejadian itu nama Tengku Adam Kamil menjadi bualan. Lantaran kesanggupan Ariana menjadi “drama queen” dia turut menerima pembalasan atas perbuatannya. Tengku Adam Kamil telah mengupah penyiasat untuk menyiasat siapa Ariana. Pada awal pertemuanTengku Adam hanya mahu Ariana mengaku kesalahannya tetapi disebabkan kedegilan Ariana memaksa Tengku Adam melakukan sesuatu  luar jangkaan Ariana. Dalam terpaksa,  setelah Tengku Adam meragut kesuciannya Ariana menceritakan apa yang berlaku.

Selepas kejadian itu Ariana banyak melakukan kerja amal bagi melupakan sejarah hitam yang berlaku pada dirinya. Tidak disangka – sangka Sebenarnya Tengku Adam adalah penymbang besar bagi dana kebajikan. Dari situlah  pertemuan demi pertemuan Ariana dan Tengku Adam bermula. Perasaan cemburu hadir bila Tengku Adam melihat Ariana rapat dengan rakan kerjanya Harith. Bila perasaan cemburu menguasai diri, Ariana hampir di nodai untuk kali kedua oleh Tengku Adam. Ariana semakin membenci Tengku Adam. 

Atas nasihat Doktor Rosli merangkap kawan baik Tan Sri Mukhriz, Tan Sri Mukhriz melamar Ariana Rose tanpa pengetahuan Tengku Adam .Dan Keluarga Ariana menerima lamaran itu dengan hati terbuka. Ariana menerima pinangan dari keluarga Tengku Mukhriz ,Tengku Adam merayu agar menerima dirinya. Kerana terlalu kecewa  gagal memujuk Ariana, Tengku Adam pergi menunaikan umrah . Balik dari umrah baru dia sedar gadis yang dipinang oleh mummy dan Daddynya ialah Ariana Rose perempuan yang digilai separuh mati.

Tengku Adam bersyukur kerana doanya telah dimakbulkan oleh Allah. Tapi tidak pada Ariana masih tidak tahu siapa bakal suaminya dan selama ini Ariana tak kisah. Dia Redha pilihan keluarganya. Tengku Adam yang dulunya kasanova kini berubah menjadi seorang lelaki yang boleh mengimamkan keluarganya. Drama terbitan Pena Creative ini dijangka ditayangkan pada hujung bulan dicember atau awal tahun 2014. Penonton mesti tidak sabar dengan kemunculan drama rantaian terbaru adaptasi novel ini. --credit to dfm2u

Tunjukkan sokongan anda

 Terima kasih :)

6 comments:

  1. cerita nie mesti menarik. hana minat baca novel tp kalau ada masa terluang je la. huhu

    ReplyDelete
  2. Nak tgk dulu first episod camne..then kalau ok tgk kat tonton je.

    ReplyDelete
  3. Rasa mcm nk tengok juga cerita ni... :)

    ReplyDelete
  4. tq for the sinopsis...gle best cte ni..best kot!!

    neway, jmput join GA ye?

    http://mii-and-himm.blogspot.com/2014/01/birthday-giveaway-by-cik-ayue.html

    ReplyDelete

Setiap bait-bait tulisan di ruangan komen adalah tanggungjawab sendiri. Terima kasih kerana kesudiaan meninggalkan komen dan pendapat anda.
Jemput ke INVISIBLE NOTE

 
Full design and Custom Blog Design by jiakreatifelt.com