Thursday, 25 February 2016

Turap Jalan Tanpa Bayaran

Walaupun pelbagai masalah dan kebimbangan terhadap anak muda hari ini, namun kebenarannya masih ramai yang berhati baik. Jangan hanya diletakkan kesalahan tetapi ajaklah anak-anak muda ini(IM juga masih muda :p) melakukan kebaikan.

Hari ini IM nak kongsikan post yang juga dari facebook tentang inisiatif anak-anak muda yang menggelarkan diri mereka sebagai Brotherhood Puchong. Berdasarkan post dari Lando Zawawi Vrus, Brotherhood Puchong dengan sukarela menurap beberapa jalan semasa balik dari solat jumaat.

Beberapa jalan yang diturap termasuklah Bandar New Bukit Puchong, trafic light Maju Jaya Taman Perindustrian Puchong dan One City USJ. Berdasarkan pada gambar, IM rasa mereka menurap beberapa jalan yang berlubang. IM sertakan beberapa gambar yang diupload di facebook.







Pada pendapat IM bukan mudah untuk turap jalan dengan keadaan kenderaan yang lalu lalang. Inisiatif mereka patut dipuji. Moga usaha mereka dapat memberi kemudahan kepada pengguna lalu lintas yang lain.

Facebook: Lando Zawawi Vrus


Jom kongsi kisah atau catatan menarik atau apa-apa perkongsian yang boleh memberi aura positif kepada semua yang membaca. Post kisah, cerita atau catatan tersebut di blog dan tinggalkan link catatan tersebut di ruangan komen di SINI. Enjoy your day with positive vibe! ;)
Let's share stories or interesting note or any sharing that can provide a positive vibe to everyone. Post the blog posts and leave the link in the comment section HERE. Enjoy your day with positive vibe! ;)

Post a Comment

Setiap bait-bait tulisan di ruangan komen adalah tanggungjawab sendiri. Terima kasih kerana kesudiaan meninggalkan komen dan pendapat anda.
Jemput ke INVISIBLE NOTE

 
Full design and Custom Blog Design by jiakreatifelt.com