Wednesday, 29 March 2017

Idea Untuk Wajah Baru

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Lama tak menulis. Moga tak nampaklah kekekokan bila menulis balik. 'Kekekokan'? Jenuh nak menyebut. Hehe. Tenggelam timbul jugak jadinya. Post sebelum ni pun selepas lama tenggelam.

Kali ni nak cari semangat baru nak berblog balik. Rasa macam nak berwajah baru. Lama jugak guna design template yang sama. Tapi masih survey lagi. Sama ada nak ubah sendiri atau nak cari pakar-pakar design blog.

Nak ubah sendiri tapi tak cukup kreatif. Takut nanti rosak blog ni jadinya. IM nak minta tolong blogger yang baca post ni untuk sugget mana-mana designer blog yang best. IM nak survey. Hehe.

Terima kasih daun keladi kepada yang sudi membantu ;)

Saturday, 24 October 2015

Semangat yang lalu

"Mula berblog sejak 2011 tapi asyik tenggelam timbul pada awalnya dan tengahnya. Berharap semangat yang ada sekarang ni boleh larut dengan masa yang berbaki kat atas Bumi ni"

Mana semangat yang diharap larut bersama masa?
terbaca semalam tetapi lama menghadam ayat yang dicipta sendiri
mungkin memakan diri

Bukan sudah tawar hati
tapi terfikir apa yang tertulis di sini akan dinilai di hari nanti
cukup memberi manfaatkah untuk sekalian manusia
atau hanya tulisan yang sia-sia

Semua orang bisa menulis mahupun menaip
tapi isi yang ditaip yang menentu segala

Mungkin tulisan di sini tak selaju dulu
tapi berharap yang tertulis memberi erti
walau secebis.

nukilan tengah malam,
IM
0137,241015

Friday, 24 April 2015

Baru

2:21 AM 4/24/2015

 
Full design and Custom Blog Design by jiakreatifelt.com