Saturday, 24 October 2015

Semangat yang lalu

"Mula berblog sejak 2011 tapi asyik tenggelam timbul pada awalnya dan tengahnya. Berharap semangat yang ada sekarang ni boleh larut dengan masa yang berbaki kat atas Bumi ni"

Mana semangat yang diharap larut bersama masa?
terbaca semalam tetapi lama menghadam ayat yang dicipta sendiri
mungkin memakan diri

Bukan sudah tawar hati
tapi terfikir apa yang tertulis di sini akan dinilai di hari nanti
cukup memberi manfaatkah untuk sekalian manusia
atau hanya tulisan yang sia-sia

Semua orang bisa menulis mahupun menaip
tapi isi yang ditaip yang menentu segala

Mungkin tulisan di sini tak selaju dulu
tapi berharap yang tertulis memberi erti
walau secebis.

nukilan tengah malam,
IM
0137,241015

4 comments:

Setiap bait-bait tulisan di ruangan komen adalah tanggungjawab sendiri. Terima kasih kerana kesudiaan meninggalkan komen dan pendapat anda.
Jemput ke INVISIBLE NOTE

 
Full design and Custom Blog Design by jiakreatifelt.com